Duhai
insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula iamengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu
kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan
menyelubung dirimu,
Berimanlah..
Yakinilah….
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi
hatimu... ♥
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai
insan, ☺
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!
(
Kata-kata ini dipetik dari sebuah buku "Solusi" )
Allah
SWT berfirman bahawa sesungguhnya : "... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat
kebaikan."
- (Surah Ali-Imran : 148)
* wahai semua insan yg bergelar wanita, tidak lupa jga yg bergelar sang perwira...Jagalah HATI2 mu supya kita semua tdak kpda yg Maha Pencipta ke atas dunia ini,,
* Berimanlah & yakinlah bhwa tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah SWT..
* Semoga apa yg dapat sya kongsikan ini akan memberi manfaat kpda sya, saudara & saudari sya, teman2, kpda semua pembaca blog sya, insyaAllah..
*Moga Allah meredhai setiap apa yg hambanya yg Mukmin/nah lakukan,,Amin (n;n)

No comments:
Post a Comment