Thursday, 19 April 2012

~Di Mana Rasa Malu?~


@ Assalamualaikum semua (n,n)...
harini sye nk share something tentang perasaan "MALU"...
korg ade perasaan MALU x??
meh kite same2 muhasabah diri skjap yer kwn2,,,



Mana yang patut dimalukan?

◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
 Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?



◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

MALU itu perlu..
tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR, 
insyaAllah..♥

*kata-kata ini dipetik daripada halaman facebook


..Malu itu Indah..

Kemana hilangnya rasa malu pada anak2 muda zaman sekarang??
Tidak kira lelaki atau wanita,,
perasaan malu itu semakin menghilang pergi..
Bukti yang saya dapat lihat secara terus,,,

1.Kentut di khalayak ramai tanpa rasa malu dan gelak bersama rakan

2.Mengurat anak dara orang di tempat awam

3.Online dengan melihat laman web yang tidak elok

4.Lalai dengan duniawi hingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim
5.Buang dan derhaka pada ibu bapa
6.Ber"couple" dengan menunjuk-nunjuk bahawa mereka sudah berpunya..
7.dan banyak lagi,tidak mampu ana sebutkan lagi..
Akan kita bantu mereka2 ini dengan semangat yang berpadu IMAN.....

Insan Berjiwa Hamba ILLAH_
Berdakwah itu adalah kewajipan setiap Muslim..
Jangan lepaskan tanggungjawap kita sebagai Hamba ALLAH yang di berikan kewajipan untuk mentadbir dunia..
Mari tegakkan Agamamu Insan..
Selagi hayat di kandung badan,
Bangkitkan semangat Jihad dalam dirimu teman~.....


Ingin ku bantu,tetapi terkadang ianya susah..Andai dapat ku lkukan dengan sebaik mungkin, tidak akan ku biar anak-anak remaja menjadi liar dan hilang rasa malunya..
Mohon bantuan semua sahabat..Mereka sama seperti kita,perlukan bimbingan yang benar..


Usaha itu penting dari kita diam tanpa berbuat apa-apa..



Ayuh kaum Hawa, kita pertahankan maruah dan diri kita!!
Allahu Akbar 3x!!

P/s : Moga ALLAH permudahkan segala urusan kita..Aaaammmiiinnnnn

No comments:

Post a Comment