Wednesday, 2 May 2012

Buat Ibu & Ayah

   
Puisi untuk ayah dan ibu


Buat ayah dan bonda Jamal bin Salaman serta Bariah bte Salleh

Nada utk Ayah saya :


Syurgaku bahagia ♥

Jamal Salaman dan Bariah Salleh
Zakaria, Shahrudin, Rahimah, Arbain, Siti Zubaidah, Mohd Sallehuddin,
 Ahmad Shah, Siti Khadijah, Siti Fatimah, Mohamad Fahmi
Normala, Norazlin, Azuan, Norasyika.
Azwa safrina, Arief Hakimi, Mohamad Syahmi, Afiqah Hazwani, Damia Husna, Aunie Nasuha



Nada utk Ibu saya :



Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..



Mintalah ampun dan maaf dr ke-2 ibu bapa mu...




Agar kita semua mendapat redhaNya dan redha ke-2 ibu bapa kita..
InsyaAllah

* Doa serta hadiah utk Ibu & Ayah :

"Ya Allah, ampunkanlah kedua orang tuaku, panjangkn umur mereka, c-hatkan tubuh badan mereka, dan jauhilah dr sgla penyakit. Lindungilah mereka dr bahaya dan malapetaka, anugerahkan mereka dengan kesejahteraan, tidak mudah lupa agar mereka dapat menjalani apa yg diperintahkan.
Aku mohon perlindunganMu ya Allah, terhadap mereka drpda azab api neraka."
Amin ya Robbal Alamin....



No comments:

Post a Comment